Anwar tolak keputusan PRU....Muka Tak Tahu Malu


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menerima kejayaan Barisan Nasional mengekalkan kuasa di Putrajaya dengan mendakwa kemenangan itu berpunca daripada “kecurangan” Suruhanjaya Pilihan Raya.

Kenyataan itu dibuat sungguhpun sehingga 12.50 pagi ini, pakatan pembangkang memenangi 58 kerusi termasuk di kubu kuat Umno iaitu Johor dan Sabah, selain mengekalkan Pulau Pinang dan Kelantan namun tewas di Kedah.

Anwar yang turut mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh tidak memberitahu apa tindakan susulannya namun menegaskan beliau tidak menerima keputusan SPR itu.

Sejak beberapa hari itu, PKR khususnya Anwar memperhebatkan tuduhan kononnya SPR dan kerajaan bersekongkol untuk memenangkan BN pada PRU 13.

Ini termasuk tuduhan kononnya BN menerbangkan warga asing daripada Sabah dan Sarawak untuk mengundi di Semenanjung.  

Bagaimanapun tuduhan-tuduhan itu tidak dibekal dengan bukti munasabah dan tidak ada laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Comments

Info Al-Islam said…
entahlaaaa,

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana