Anwar terus hasut rakyat tolak kerajaan sah BN...Inilah Manusia yang Sifat Tamak Dan Angkuh Yang Tak Boleh Menerima KEnyataan


SHAH ALAM: Sehari selepas perhimpunan haram pada malam Rabu, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menghasut rakyat untuk menolak keputusan sah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Ahad mengumumkan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti mudah 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen sekali gus membentuk kerajaan. Pembangkang hanya memperoleh 89 kerusi.

Dalam satu kenyataan terbuka hari ini, Anwar mendakwa kerajaan BN telah 'mencuri' mandat kemenangan pilihan raya yang sepatutnya milik pakatan pembangkang berdasarkan undi majoriti yang diterima.

Beliau mendakwa BN menggunakan tipu helah untuk menang pertarungan sengit, namun sehingga hari ini pembangkang gagal mengemukakan bukti bagi setiap tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan sah, BN.

"Anda akan tunjukkan kepada kerajaan Umno-BN yang tidak sah bahawa suara anda tidak mudah untuk disenyapkan. Anda akan menunjukkan kepada mereka tekad dan keberanian anda. Anda akan menunjukkan bahawa kepada mereka yang anda tidak akan berhenti sehingga keadilan dan kemenangan akan dikembalikan.

"Anda mempunyai hak untuk marah bila undi besar anda untuk perubahan telah dirampas. Anda mempunyai hak untuk merasa sakit dan dihina oleh tuduhan yang tidak bersyukur dan tamak hanya kerana anda mengundi Pakatan," memetik kenyataannya.

Anwar mendakwa jumlah kehadiran penyokong pada perhimpunan haram di Stadium Kelana Jaya semalam sebagai bukti rakyat telah memilih pembangkang sebagai kerajaan.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menggesa Ketua Umum PKR itu untuk menerima kekalahan pembangkang dengan hati terbuka dan tidak mengheret rakyat di atas kegagalan menawan Putrajaya.

Azmin dalam mesej Twitternya mengkritik Anwar yang mengamalkan 'politik melampau' selain menyeru supaya bermuhasabah diri.

“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat,” kata Azmin yang turut tidak hadir di perhimpunan haram pembangkang semalam.

Comments

Unknown said…
Pihak berkuasa harus mengambil tindakan drastik terhadap manusia kurang hajar ni. Aljuburi ni sebenarnya takut kepada para pelobi yahudi, singapura dan lain lain negara yg dah banyak bagi duit kat dia untuk musnahkan negara sendiri. Sekarang ni dia tengah cari jalan cara nak bayar balik jutaan dollar kalau tak dpt tunai janji kpd para pelobi pelobi. Tolonglah pihak berkuasa ambil tindakan tegas kpdnya

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana