ANWAR PENGKHIANAT NEGARA


PRU13 dah pun berlalu. Kabinet baru pentadbiran negara pun sudah dilantik. Namun seperti yang dijangka, iaitu dakwaan kekecohan di waktu pengundian telah pun berlaku. Yang tak dapat menerima kekalahan, yang menuduh SPR menipu itu sebenarnya adalah mereka yang telah pun menang di kawasan masing-masing. Yang menyeru agar memboikot media perdana itu adalah mereka yang menggelar diri kononnya sebagai pejuang hak kebebasan bersuara.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga meminta bantuan dan campur tangan asing, merayu agar sesuatu dilakukan bagi menafikan kemenangan Barisan Nasional yang dilantik rakyat. Seterusnya, percubaan melakukan huru-hara membantah keputusan PRU juga sedang berjalan sepertimana yang dijangka. Memecah-belahkan rakyat, menghuru-harakan negara, menyemai dan menyemarakkan kebencian rakyat kepada pemerintah dengan kenyataan yang tak bertanggungjawab dan cara yang tak sewajarnya.

Kami pun dah muak, dh jijik tengok muka Anwar Ibrahim ni yang kemaruk kuasa, apa yang dicakap semuanya penuh pembohongan, penipuan untuk menyemarakan rasa benci rakyat. Kerana politik yang dia amalkan inilah yang bakal mengundang malapetaka kepada bangsa Melayu dan Malaysia secara amnya bila pihak lain sentiasa menanti dan menghidu peluang yang terbuka akibat kealpaan kita. DAP-bangsa Cina pun dah mula naik kepala. Sekarang rakyat ingin melihat ‘tindakan’.. Rakyat sudah benci, rimas melihat bagaimana perosak negara ni dibiar bermaharajalela tanpa diambil sebarang tindakan yang sepatutnya.

- Anwar ni aku rasa kalau dia duduk atas tikar sejadah, muhasabah diri, rasa dia sendiri pun tau kenapa dia tak dapat jadi PM. Tak perlu menunding jari pada orang lain, penyebabnya berlambak-lambak jawapan. Kot tak rasa malu kat rakyat malu la kat Tuhan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana