Anwar, Kit Siang makin biadab


Terus heret rakyat bantah keputusan PRU-13

Kuala Lumpur: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang disifatkan semakin keterlaluan dan biadap apabila terus mengheret rakyat ke jalanan bagi membantah keputusan PRU-13 yang tidak memihak kepada pembangkang.

Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Yahya Hamzah, berkata tindakan keterlaluan Ketua Pembangkang dan Penasihat DAP itu dibimbangi mencetuskan tentangan agresif pihak tertentu yang kurang senang dengan permainan politik kotor mereka.
Beliau berkata, jika pembangkang terus menerus menyerang kerajaan BN yang dipilih rakyat melalui sistem demokrasi, ia dibimbangi mencetuskan perbalahan sehingga boleh merosakkan keharmonian negara.

BN terima kekalahan 

“Kita (BN) sudah banyak beralah, kita terima kekalahan di Selangor dengan hati terbuka. Cuma yang dibimbangi jika mereka terus menyerang kerajaan, ia akan mencetuskan kemarahan dan boleh membawa kepada ketegangan.

“Anwar dan Kit Siang sudah keterlaluan dan kurang ajar, jangan bangkitkan kemarahan kami. Jangan ingat apabila berdiam diri, kami mengalah begitu saja. Kesabaran kami juga ada had, jangan sampai kami bertindak.

“Pemimpin kami umpama bapa, jika bapa dikeji sebegitu rupa oleh orang yang tidak puas hati kerana agenda politik mereka, jangan ingat ‘anak’ akan berdiam diri begitu saja,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sebelum ini, pakatan pembangkang yang diketuai Anwar mengadakan perhimpunan bagi membantah keputusan PRU-13 kerana tidak memihak kepada mereka, selain mendakwa pakatan itu sudah memenangi pilihan raya Ahad lalu.

Kit Siang pula terus menanam sentimen kebencian terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila menggelar pemimpin nombor satu negara itu sebagai ‘syaitan’ ketika berceramah di Perak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana