Anwar kena bersumpah buktikan diri tak bersalah


SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad mencadangkan agar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersumpah bagi menafikan diri beliau meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, Anwar berbuat demikian kerana itulah satu-satunya cara membersihkan nama sekiranya beliau tidak terlibat, lebih-lebih lagi setelah bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim semalam mempertahankan pendirian bahawa Anwar meliwat anaknya pada tahun 2008.

"Saya fikir bahawa kenyataan bapa Saiful Bukhari ini (Azlan) perlu disambut oleh Anwar dengan bersumpah. Senang.

"Sumpah menafikan. Secara syarak menafikan tuduhan bapa Saiful Bukhari itu betul, iaitu Wallahi Wabillahi Watallahi.

"Bila Azlan dah 'u turn' lagi sekali, maknanya Anwar kena respon segera dengan bersumpah menyatakan beliau buat atau tidak buat. Habis cerita, tutup kes," katanya ringkas.

Pada sidang media petang semalam, Azlan menarik balik kenyataannya dua bulan lalu kononnya kes liwat membabitkan anaknya dengan Anwar adalah konspirasi Putrajaya.

Ketua Pembangkang itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2008 atas tuduhan meliwat Saiful, namun beliau dibebaskan pada 9 Januari 2012 setelah hakim mendapati bukti DNA yang diambil telah tercemar untuk mensabitkan beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana