Analisis PRU-13: Kehadiran PM, TPM 'tonik' pecutan terakhir di Kelantan


RABU dan Khamis lepas, dua panglima Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin turun ke Kelantan melawat buat kali terakhir sebelum hari mengundi esok.

Semua program yang mereka turun terutama di Kuala Krai, Jeli, Machang, Bachok, Tumpat dan Kota Bharu menunjukkan kehadiran ketara penyokong Barisan Nasional yang dilihat rata-rata mahukan perubahan kerajaan yang mewakili mereka di negeri ini.

Malah yang lebih menarik, ketika Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bertanyakan sama ada atau tidak penduduk Jeli ketika majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Machang, tidak ada satu jawapan pun kedengaran daripada lebih 20,000 hadirin ketika itu.

Ini menunjukkan BN tidak perlu 'mengimport' penyokong dalam apa jua program di Kelantan kerana sokongan di satu-satu kawasan Parlimen itu sudah cukup untuk menggambarkan pangkahan di atas kertas undi esok.

Kehadiran dua panglima BN itu juga menyuntik tonik semangat dalam menyaksikan kebangkitan rakyat Kelantan untuk menukar kerajaan Pas sedia ada. Sambutan 20,000 orang pada satu-satu program boleh diterjemahkan keinginan rakyat Kelantan yang selama 23 tahun terpaksa berpuas hati dengan keadaan serba kekurangan di negeri ini.
Laungan 'Gelombang Merah!' dan 'Kelantan Tukar!' sentiasa bermain di bibir setiap rakyat Kelantan yang ditemui di negeri ini. Malah, dengan kehdiran Najib dan Muhyiddin juga membuatkan pakatan pembangkang menggelabah dan melakukan usaha drastik saat-saat akhir seperti yang didedahkan oleh Mustapa semalam.

Antaranya ialah mereka cuba 'mengimport' 12,000 rakyat yang mempunyai dwikenegaraan Malaysia-Thailand untuk memasuki Kelantan dalam usaha untuk mendapatkan sokongan dan undi dari pengundi hantu.
"Mereka ini yang banyak menetap di selatan Thailand tidak pernah diiktiraf oleh kedua-dua negara sama ada Malaysia mahu pun Thailand.

"Namun yang sukarnya ialah mereka mempunyai dua kad penngenalan. Jadi mereka dengan mudah akan memasuki Malaysia melalui semua pintu masuk yang sah. Yang haram tak perlu ceritalah, memang ramai.

"Saya diberitahu, ada yang sudah berada di Kelantan dan 'disimpan' di dalam rumah-rumah sementara menunggu Ahad (esok) ini untuk mengundi," dakwanya dalam satu sidang media di Kompleks UMNO, Bukit Nangka, Jeli semalam.

Malah dakwa Mustapa, mereka yang 'dijemput' oleh pakatan pembangkan ini juga diberikan duit poket untuk mendapatkan undi simpati.

"Apa yang saya khuatir, daripada siasatan kami, mereka ini juga pernah dibawa oleh pemimpin tempatan untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini, jadi saya mohon kepada pihak berkuasa agar dapat melakukan siasatan dan menahan mereka jika didapati mereka bersalah," katanya.

Selain itu, Mustapa turut mendakwa, disebabkan khuatir sokongan menurun, pakatan pembangkang turut menyogok wang RM50 kepada orang ramai.

"Dulu mereka kata UMNO mengamalkan politik wang, tapi mereka sendiri lakukan sekarang. Orang saya menerima duit itu setengah jam tadi (semalam) dan mereka mahukan undi daripada mereka.," dakwanya lagi.

Namun dalam keghairahan untuk mentransformasikan negeri ini, calon-calon BN sepatutnya tidak sentiasa berpuas hati dengan keselesaan yang semakin hari semakin meningkat.

Mungkin mereka berjaya mendapatkan sokongan daripada penduduk yang masih berada di Kelantan namun harus diingat, dengan kebanjiran puluhan ribu penduduk Kelantan yang berada di luar Kelantan hari ini dan semalam, sokongan mereka belum tentu pasti kepada BN.

Seorang penduduk Bachok yang ditemui, Tuan Lah tuan Yassin, 60, berkata, mereka penduduk yang sentiasa berada di dalam Kelantan memang mahukan perubahan.

"Kami di sini tersiksa. Air, kemudahan awam dan pembangunan amat kurang. Tak semua perantau tahu mengenai keadaaan itu," katanya.

Kata Tuan Lah lagi, kemungkinan anak-anak perantau akan mengundi pakatan pembangkang disebabkan mereka terdedah dengan tohmahan dan fitnah yang ditaburkan semasa di luar Kelantan dan tidak tahu keadaaan sebenar apa yang terjadi di negeri ini.

"Saya pasti, kebanyakan daripada mereka dari luar akan mengundi Pas sebab mereka tak tahu keadaan sebenar kami di sini.

"Kami di sini, macam saya, dah 60 tahun bergelumang dengan air kotor. Paip kami berkarat, mangkuk tandas yang dulu putih dah kuning. Mereka di luar tak tahu sebab air mereka bersih kalau yang duduk di Kuala Lumpur, tapi tidak kami.

"Jadi kami merayu kepada mereka, undilah BN untuk membolehkan negeri ini dimajukan," katanya.

Inilah yang dijanjikan oleh Najib ketika berucap di Machang Khamis lalu. Pembangunan akan diselarikan dengan negeri-negeri lain untuk memacu Malaysia ke arah negara maju menjelang 2020.

"Tapi harus diingat, dalam kita memacu kemodenan, kita tidak akan mengurangkan aspek keislaman dan intergriti sedia ada di Kelantan.

"Apa yang baik akan terus dikekalkan. Dan kita akan memajukan negeri Kelantan agar pembangunan selari dengan kemodenan semua negeri menjelang 2020

Comments

Unknown said…
Semoga allah berikan kekuatan kepada bn untuk menerajui malaysia kembali

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana