Analisis PRU-13: Hadi, Nik Aziz selamatkan Mustafa


RAMAI yang menunggu di pekarangan masjid Rusila di sini malam tadi, namun tarikannya bukan sangat soal ceramah kerana sebilangan besar yang hadir sudah berpuluh-puluh kali mendengar ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kali ini tarikan sebenar kemunculan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali

yang beberapa hari lalu telah menguar-uarkan bahawa beliau akan memberi penjelasan mengenai video seks yang dikaitkan dengannya.

Sejak video itu tersebar, Mustafa hanya mengunci mulut selain menyapu dengan alasan permainan fitnah jahat UMNO dan "saya telah serahkan kepada peguam", justeru untuk penjelasan selebihnya, orang perlu datang malam tadi.

Memang beliau perlu menjelaskan daripada terus menjadi liabiliti kepada parti dengan menyakinkan bahawa beliau bukan suatu faktor melemahkan Pas dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13

Malah ini dapat memastikan kenyataan pemimpin utama parti mempertahankannya seperti "Mustafa tak mungkin lakukan kerana sakit lutut" bukan suatu tindakan membuta-tuli yang mengetepikan persoalan moral asalkan dapat berkuasa.

Bagi sesiapa yang pernah mengenali atau mendekatinya dan berpeluang menatap video itu tanpa dikelabuinya dengan tanggapan bahawa pejuang parti Islam tidak mungkin akan melakukan, mereka tidak perlu berfikir banyak kali.

Sukar bagi mereka sukar untuk tidak mempercayai berasaskan rupa, suara, lenggok percakapan, torso dan gerak badannya dalam video seks yang kelihatan terang dan jelas itu.

Sebelum itu ramai yang mempunyai pelbagai andaian tentang apa yang Mustafa mampu yakinkan bahawa beliau sememangnya bukannya pelaku termasuk semua ini permainan pakar video yang begitu pintar dan licik 'menyalin diri' Mustafa.

Lalu Mustafa akan melakukan sumpah laknat yang mematikan terus mainan musuh-musuh politiknya dan isu tidak lagi terus dijaja malah dapat memberi laba baru kepada Pas pada saat-saat akhir PRU.

Atau sekurang-kurangnya beliau muncul dengan surat nikah bahawa wanita itu merupakan isterinya yang sah dan rakaman curi itu, suatu tindakan aib, sengaja untuk membunuh kerjaya politiknya dan memusnahkan Pas.

Namun Mustafa malam tadi hanya membersihkan nama dan maruahnya dengan bersandarkan nama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi di samping Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Mustafa berkata, beliau telah mendapatkan nasihat daripada Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi sama ada dia perlu membuat sumpah laknat menyatakan beliau tidak terlibat dalam video tersebut.

"Mereka kata tidak ada keperluan untuk berbuat demikian. Saya akan patuh kerana mereka adalah teras utama dalam parti dan saya tidak akan melakukan sumpah laknat," katanya.

Abdul Kadir yang mencari tapak baru dalam pakatan pembangkang pula dikatakan memberitahunya bahawa ada unit khas dalam UMNO yang bertanggungjawab menghasilkan video lucah.

Ini bukan kali pertama persoalan moral berlegar dalam kalangan pemimpin Pas dan sebelumnya termasuklah melibatkan Timbalan Presiden, Mat Sabu yang dilepas daripada isu khalwat atas alasan teknikal.

Sebelum ini juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dikaitkan sebagai individu yang terlibat dalam video seks dan Abdul Hadi turut membantu menepis dengan alasan besi dan tidak boleh dijadikan bahan bukti.

Ramai yang agak kecewa malam tadi apabila Mustafa yang dulunya pernah kedengaran mendesak Ketua Polis Negara agar turut bersumpah berhubung satu isu ketenteraman awam kemudian memberi jawapan mudah dan ringkas.

Persoalannya, mengapa kepimpinan Pas menyifatkan bersumpah tidak perlu dengan alasan kononnya mempermain-mainkan agama Islam dan ini pula hanya terpakai apabila melibatkan kalangan mereka.

Mereka tidak berusaha mencari kebenaran sebaliknya lebih terarah kepada mengeji perbuatan mengedarkan video itu.

Seorang rakan bertanya, bagaimana jika video seumpama itu melibatkan pemimpin kerajaan dan dia sendiri menjawab mereka pastinya mengadakan demontrasi besar-besaran dan berterusan mendesak agar dilepaskan jawatan.

Mujurlah Mustafa pemimpin pembangkang dan partinya merupakan 'parti Islam'.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana