Analisis PRU-13: Apabila mamak dan India Malaysia disangka rakyat Bangladesh


SEDIH dan geram.. itulah reaksi yang ingin diluahkan penulis setelah mendapat tahu aktiviti penyokong-penyokong pembangkang yang telah menyebarkan gambar-gambar dan berita-berita palsu mengenai pengundi hantu di laman media sosial, Facebook dan twitter.

Kalangan fanatik ini secara terang-terangan telah membuat serkap jarang dengan memuat naik beberapa keping gambar dan klip video menerusi laman sosial konon-kononnya pengundi-pengundi yang sedang beratur di tempat mengundi adalah merupakan pengundi hantu dari Bangladesh dan Myanmar.

Sedangkan mereka tidak sedar bahawa pengundi-pengundi tersebut yang juga merupakan rakyat Malaysia yang sah telah menjadi mangsa penipuan mereka sendiri kerana dituduh sebagai warga asing.

Paling mengecewakan, apabila terdapat pengundi-pengundi di kalangan India Muslim Malaysia atau lebih dikenali mamak dan kaum India Malaysia dituduh sebagai pengundi hantu dari Bangladesh.

Tentu ramai yang telah menjadi mangsa pakatan pembangkang pada hari ini akan berasa sangat sedih dan sangat marah kerana telah dimanipulasi serta dituduh sebagai warga asing.

Apabila kehabisan modal, penyokong-penyokong fanatik ini turut memuat naik gambar-gambar dan klip video yang didakwa pengundi hantu ini bersama-sama kad pengenalan mereka.

Malah, pengundi-pengundi yang didakwa pengundi hantu ini telah dinafikan hak warganegara Malaysia oleh penyokong-penyokong berkenaan dengan sewenang-wenangnya.

Pengundi-pengundi hantu ini juga ditempelak dan suasana di luar tempat mengundi menjadi amat kecoh dengan sorakan apabila terdapat pengundi yang ditahan gagal menyanyi lagu Negaraku dengan seni kata yang betul.

Sedangkan, mereka lupa bahawa ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak boleh menyanyi lagu Negaraku dengan seni kata yang betul, apatah lagi untuk bertutur di dalam bahasa Melayu.

Pada saat yang genting ini, pemimpin-pemimpin pembangkang juga bukan sahaja ketandusan modal dan idea untuk menagih simpati rakyat, malah membuat pembohongan dengan memainkan isu pengundi hantu.

Calon Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dari parti Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dalam laman twitternya mendakwa beliau sendiri telah menangkap dua suspek pengundi hantu di tempat mengundi di Taman Dagang, dalam kawasan Parlimen Pandan.

Malah, Rafizi mendakwa bahawa beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Berikut merupakan kenyataan Rafizi di dalam akaun twitter;

"We've made police report of two incidents of phantom voters in Taman Dagang. Now, on the way to Taman Mawar, suspected Bangladeshi attempted to vote!"

Rafizi juga meminta pengikut-pengikut laman twitternya menyebarkan berita mengenai penangkapan suspek tersebut.

Di Taman Mawar dalam kawasan Parlimen yang sama, Rafizi kononnya telah menangkap seorang lagi suspek pengundi hantu dan klip video penangkapan itu telah dimuat naik ke dalam Facebook.

Penulis berpendapat, seorang pengundi tua yang juga mungkin buta huruf dan berasal dari kampung telah diperdayakan Rafizi dengan dengan ditanya alamat penuh.

Mana mungkin seorang lelaki tua mampu menghafal alamat penuhnya sendiri dan modal itu telah menjadikan lelaki tua tersebut sebagai pengundi hantu.

Perbuatan Rafizi dan penyokong-penyokongnya telah membuktikan matlamat telah menghalalkan cara.

Tuduhan yang dilemparkan itu tidak berasas semata-mata ingin memancing undi pada saat-saat akhir.

Malah, tindakan pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang hanya mengeruhkan keadaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana