Adam Adli : NGO serah memo kepada KDN...Senang Senang Mahu DiBebaskan Begitu Saja


PUTRAJAYA - Lebih 20 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendesak supaya aktivitis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim dibebaskan segera daripada tahanan polis.Gabungan NGO ini diwakili oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dewan Pemuda Pas Pusat, Suara Anak Malaysia (Suaram) dan Amnesty International Malaysia.

Memorandum diserahkan kepada wakil KDN, Shamril Faizalis yang juga Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam pada jam 2.30 petang di hadapan pintu masuk bangunan KDN.Kumpulan NGO itu juga mendesak menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya menghentikan penahanan aktivis mahasiswa itu yang disifatkan berunsur politik.

Kerajaan juga digesa menghormati hak rakyat untuk berhimpun seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memorandum yang dihantar mengandungi tiga tuntutan iaitu Adam Adli perlu dibebaskan serta merta dan semua tuduhan ke atas beliau digugurkan, menghormati hak rakyat berhimpun dan meluahkan perasaan seperti hak yang dijamin dalam Perlembagaan Negara dan menghentikan sebarang penahanan bermotifkan politik.

Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvam yang hadir sama menyifatkan penahanan Adam Adli yang masuk hari keempat hari ini bertujuan untuk mewujudkan suasana takut di kalangan rakyat, bukannya menjalankan siasatan yang adil dan semata-mata untuk menghukum anak muda tersebut.

"Kami kecewa dengan tindakan polis membuat penahanan ini dan meminta KDN menasihatkan PDRM bertindak neutral dan tidak melakukan tugas bermotifkan politik.

"Jika apa yang diluahkan oleh Adam Adli adalah kononnya berunsurkan hasutan, maka rakaman audio dan video cukup untuk membuktikan kes di mahkamah dan tidak perlu untuk satu reman panjang," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan memorandum bantahan itu di Putrajaya, hari ini.

Adam perlu di dakwa mengikut kesalahan apa yg telah d lakukan selama ini dan menerima hukuman yg setimpali hasil dari tindak tanduk nya selama ini.KDN perlu bertegas yg salah tetap menerima hukuman dan tak perlu berlembut dgn maanusia bernama Adam dan NGO yg bersekongkol dgn nya.Pembebasan nya bermaana kerajaan mengundang perkara yg lebih buruk dan org ramai berkehendakkan ketegasan kerana tak ada pilihan lain

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana