8 NGO Kedah desak polis halang Anwar, Kit Siang


ALOR SETAR: Lapan badan bukan kerajaan (NGO) Kedah hari ini membuat laporan polis membantah perhimpunan memainkan isu perkauman di Selangor, Perak dan Pulau Pinang anjuran pemimpin Pakatan Rakyat dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera demi keselamatan negara.

Badan Generasi Prihatin, Persatuan Hizbah Malaysia, Perkida Daerah Kota Setar, Persatuan Silat Garuda, Persatuan Penjaja Kecil Kedah, Belia 4B, Badan Bertindak Selamatkan Kedah dan Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Kedah membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada 10.30 pagi ini.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Yang Dipertua Persatuan Silat Garuda Malaysia Mansor Ahmad berkata pemimpin Pakatan Rakyat perlu akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana ia merupakan pilihan rakyat.

Beliau juga mengingatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang supaya tidak memainkan isu perkauman gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13 yang tidak memihak kepada mereka dan menganjurkan perhimpunan Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, Ipoh, Perak dan Padang Kota, Pulau Pinang baru-baru ini.

"Saya sangat kecewa walaupun PRU dah habis, mereka timbulkan pula isu perkauman kerana tidak puas hati dengan keputusan PRU lalu. Isu ini boleh menyebabkan perbalahan antara kaum," katanya.

"Saya dan badan-badan NGO yang lain tidak akan berdiam diri dengan cubaan mereka untuk menghuru-harakan keamanan negara. Kami akan berada di belakang kerajaan untuk bersama-sama mengatasi isu ini supaya keselamatan rakyat Kedah dan Malaysia terjamin," katanya.

Beliau juga meminta rakyat Kedah dan ahli-ahli Silat Garuda di seluruh negara untuk menjadi 'mata dan telinga' bagi membantu polis membanteras isu perkauman ini dalam menjaga keamanan negara.

Timbalan Pengerusi Hisbah Malaysia Dr Sobri Sudin pula berkata laporan yang dibuat ini bukan atas dasar politik tapi atas dasar keselamatan negara kerana risau dengan kejadian-kejadian yang boleh berlaku akibat perhimpunan dan isu perkauman ini.

"Pihak polis dan Jabatan Peguam Negara perlu buat kerja dengan cepat apbila mendapat laporan berkenaan isu ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Takkan bila dah jadi sesuatu baru nak ambil tindakan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana