2 bekas ISA ditahan semula...Padan Mukanya

KUALA LUMPUR 27 Mei - Dua bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim yang dilepas serta dibebaskan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 20 Mei lalu, ditahan semula hari ini oleh polis.

Pengarah Jabatan Petugas Khas (Operasi dan AntiPengganas), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun berkata, kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 130 (a) Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan pengganas.

"Kedua-dua mereka ditahan sepasukan anggota Jabatan Petugas Khas (Operasi dan AntiPengganas) kira-kira pukul 7.45 pagi ini di rumah masing-masing iaitu Yazid di Taman Bukit, Ampang sementara Muhammad Hilmi di Bandar Baru Sungai Buloh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Pada Februari lalu, kedua-dua mereka termasuk seorang lagi individu ditahan polis dipercayai terlibat merekrut rakyat tempatan dalam kegiatan militan sebelum dihantar ke luar negara bagi menjalankan misi keganasan.

Sementara itu, Yazid, 49, dan Muhammad Hilmi, 33, didakwa di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini petang ini atas tuduhan menjadi ahli kumpulan pengganas, Tanzim Al-Qaeda Malaysia.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh pada prosiding di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Sebelum ini, Muhammad Hilmi dan suri rumah, Halimah Husein, 52, didakwa bersubahat dengan Yazid untuk menggalakkan keganasan dengan niat mengugut orang awam di Syria, tahun lalu.

Pada prosiding hari ini, Yazid dan Muhammad Hilmi didakwa menjadi ahli kumpulan Tanzim Al-Qaeda Malaysia di antara 1 Ogos 2012 dan 7 Februari lalu di sebuah rumah beralamat DL11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang.

Pertuduhan terhadap mereka berdua dikemukakan mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd. Yusuff dan Mohd. Farizul Hassan manakala kedua-dua tertuduh diwakili barisan peguam bela yang diketuai oleh Amer Hamzah Arshad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana