Zul Noordin boleh buat lebih baik kepada kaum India di Shah Alam - Najib


Kalau pembangkang fikir  boleh ‘tawan’ hati pengundi-pengundi Parlimen Shah Alam dengan main isu kononnya Datuk Zulkifli Noordin tidak disenangi kaum India, ternyata mereka silap.Bekas ahli parlimen bebas Kulim Bandar Bharu yang dibenarkan bertanding atas tiket BN di Shah Alam kini boleh bikin penyandang kerusi Parlimen itu Khalid Samad semakin tak senang duduk.Bayangkan, ketika PAS dan DAP cuma mainkan isu mendakwa Zulkifli yang juga Timbalan Presiden Perkasa sebagai rasis kerana pernah buat kenyataan dianggap menghina kaum India kira-kira 10 tahun lalu, sokongan masyarakat India kepada bekas wakil rakyat PKR itu semakin meningkat.Macam mana nak tuduh Zulkifli rasis dan benci kaum India sedangkan masa penamaan calon Sabtu, penyokong dan pencadangkan adalah orang India dan Cina.

Malah ketika Khalid sama tidak dapat sorakan penyokong-penyokongnya ketika nama beliau diumumkan sebagai calon, Zulkifli pula dijulang penyokong-penyokong berketurunan India.
Jika itu belum cukup buktikan bahawa kaum India sudah menerima dan memaafkan Zulkifli ekoran isu lampau itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin buat kenyataan yang boleh buat Khalid terkedu.

Menurut Perdana Menteri, Zulkifli sudah minta maaf kepada orang India dan orang India pun sudah terima beliau malah ada yang cium tangan calon Parlimen Shah Alam itu.Bagi Najib, Zulkifli kini mampu menyelesaikan masalah kaum India di kawasan itu malah lebih baik berbanding apa kerajaan PKR Selangor pernah lakukan sebelum ini.Beliau meminta rakyat menilai tindak tanduk kerajaan pakatan rakyat Selangor yang meroboh tujuh buah kuil selama lima tahun memerintah negeri itu.

Bahkan kata Najib, pihaknya ada bukti bergambar perobohan kuil di Sepang.Katanya, Insyaallah, Zulkifli akan jadi ahli parlimen Shah Alam dan membantu BN serta masyarakat India.“Orang India nak kuil dan sekolah.Zul sudah beritahu saya...saya akan luluskan,” katanya dalam sidang media di Shah Alam selepas lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Selangor Isnin.
Beliau turut meminta media menonjolkan perkara tersebut bagi membuktikan Zulkifli lebih baik dan diterima masyarakat India berbanding kerajaan pakatan rakyat Selangor.Najib yang juga Pengerusi BN Selangor melakukan walkabout di parlimen Selayang, Gombak, Kota Raja, Shah Alam dan Subang sejak awal pagi hingga malam tadi.

Sepanjang lawatan itu, Najib berpuashati melihat suasana serta semangat jentera BN dan orang ramai di tempat beliau kunjungi.“Soal calon bukan lagi isu kerana keputusan sudah dibuat. Tujuan utama kita sekarang untuk tubuh kerajaan di peringkat negeri Selangor dan kekalkan kerajaan di peringkat Pusat,” katanya.Bagaimanapun, beliau menasihati  jentera BN mesti mengikuti arahan dan panduan bagi memastikan kempen berjalan lancar dan BN menang dengan majoriti besar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana