Video seks: Umno saman Mustafa ali


KUALA LUMPUR: Umno menfailkan saman terhadap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan dua yang lain bersabit kenyataan menuduh parti itu sebagai dalang penyebaran video seks.

Bercakap kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Sabtu, Datuk Hafarizam Harun berkata saman itu difailkan kerana ia "adalah penipuan dan bertujuan untuk mencetuskan skandal dan kebencian awam."

"Kami mencari keadilan," kata beliau.

Mustafa yang sebelum ini menafikan beliau sebagai lelaki dalam rakaman video seks yang dimuatnaik di internet mendakwa ia adalah kempen 'kerja Umno'.

"Kita tidak syak orang lain kecuali kerja Umno," kata peguam Asmuni Awi yang mewakili Mustafa.

Rakaman video berdurasi 11.26 minit itu dimuatnaik menerusi laman blog tempatan memaparkan seorang lelaki mirip Mustafa melakukan hubungan kelamin dengan seorang wanita tempatan di bilik sebuah hotel.

Lelaki itu turut dilaporkan memberi wang kepada wanita berkenaan namun gagal dinyatakan tujuan itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan lelaki berkenaan bukan Mustafa berdasarkan masalah kesihatan yang dialami pemimpin tertinggi parti Islam itu.

Mustafa turut tidak bertanding di mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana