Video seks: Mustafa dakwa Umno terdesak...Ehemmm..


DUNGUN: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

Ketika berucap pada satu majlis di markas PAS Kampung Molek di sini malam tadi, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu
video ini.

"Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya.

Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen."

Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar.

Comments

MELAYUJATI said…
Satu dunia sudah tengok video tu, nampak sebijik tapi tak boleh menuduh le, tapi ramai cakap memang dia pun, tapi UMNO buat dek je tak layan pun, tapi di tuduh jugak memfitnah, yang upload tu blogger yang pro kerajaan tapi tuduh UMNO jugak. Najib bukan jenis yang akan ambil keuntungan politik dengan mengaibkan musuh politik, tapi puak pembangkang yang selalu mengambil keuntungan politik dengan mengaibkan UMNO.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana