UMNO tidak terlibat video seks mirip Mustafa Ali


KUALA LUMPUR 13 April - UMNO tidak terlibat mencuri rakam dan menyebarkan video seks mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali kerana mempunyai banyak kerja lain dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) pada bulan hadapan.


Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan beliau yakin UMNO tidak terlibat serta tidak menolak mungkin ia dilakukan oleh orang dalam Pas sendiri.

''Perbuatan itu mungkin dilakukan oleh orang dalam parti itu sendiri dan saya yakin ia bukan kerja UMNO,'' katanya pada sidang akhbar di PWTC bagi memperkenalkan ketua-ketua publisiti komponen Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau mengakui telah melihat video itu, tetapi enggan mengulas apabila ditanya adakah lelaki di dalam adegan seks berkenaan ialah Mustafa.

Beliau juga menyerah kepada polis untuk menyiasatnya dan orang ramai tentu bijak menilai terutama golongan muda yang mahir di dalam bidang siber.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan lebih 6,600 ceramah akan diadakan di seluruh negara membabitkan para penceramah yang telah dilatih.

Selain itu, katanya, beberapa penceramah khas juga akan dibawa ke seluruh negara terutama di kawasan yang menjadi tumpuan.

``Ceramah ini juga akan disertai oleh waki dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO),'' katanya.

Beliau turut mengingatkan para penceramah BN supaya tidak melanggar etika berkempen kerana badan pemantau pilihan raya yang dianggotai oleh polis, kakitangan pejabat daerah dan wakil parti-parti bertanding boleh menghentikan ceramah yang melanggar etika serta-merta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana