Tiada maruah rayu BR1M untuk PKR...Muka Tak Tahu Malu


KUALA LUMPUR 11 April - Tindakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang meminta penerima Baucar Rakyat 1Malaysia (BR1M) membantu parti dengan menderma sebahagian daripada wang bantuan tersebut disifatkan sangat tidak bermaruah.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, ini kerana wang pemberian kerajaan Barisan Nasional (BN) itu bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, bukan untuk kegunaan parti pembangkang.

"Tindakan meminta wang daripada rakyat sungguh memalukan dan perlu diberi perhatian kerana bertentangan dengan ciri-ciri seorang pemimpin berintegriti yang sepatutnya memberi, bukan meminta.

"Bagaimana hendak menjadi pemimpin yang baik kalau sikap meminta-minta begini ditonjolkan kepada rakyat," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rafizi dalam ceramahnya di Chukai, Terengganu kelmarin merayu penerima BR1M menyumbang sebahagian daripada wang tersebut untuk melancarkan jentera parti pembangkang menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sementara itu, Presiden Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Mohd. Fazil Abdullah berkata, tindakan tersebut nyata tidak bertanggungjawab dan merosakkan nama baik PKR.

"Mereka seolah-olah memperguna dan menyusahkan rakyat semata-mata untuk memenuhi agenda dalam pilihan raya kali ini.

"Apa yang beliau lakukan memanglah tidak salah kerana tiada unsur paksaan tetapi sedikit sebanyak pastinya nama baik beliau dan parti tercemar dengan tindakan tersebut," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana