Tengku Rethwan Tarik Diri, Abdul Halim Calon Baharu BN DUN Seri Setia


SHAH ALAM: Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) Tengku Rethwan Mansor yang sepatutnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada pilihan raya umum ke-13, menarik diri pada Jumaat.Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Tengku Rethwan telah menarik diri dan penarikan itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tengah hari ini.

“Tengku Rethwan telah menarik diri dan surat penarikan diri telah dihantar kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.“Atas sebab itu, Pengerusi BN Selangor (Najib) telah pun bersetuju mencalonkan Datuk Abdul Halim Samad (Penyelaras BN DUN Seri Setia) sebagai pengganti dan beliau (Abdul Halim) akan menghantar borang penamaan calon esok pagi,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Umno di sini.Mohd Zin telah menyerahkan watikah pelantikan sebagai calon kepada Abdul Halim pada kira-kira 3.15 petang ini.
Ketika ditanya mengenai sebab penarikan diri Tengku Rethwan, Mohd Zin bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Biasalah dalam pilihan raya perkara ini memang selalu berlaku, sampai saat akhir memang akan ada pertukaran calon atau penarikan diri oleh calon-calon yang bakal bertanding,” katanya.Sementara itu, Abdul Halim, 46, berkata pencalonannya merupakan satu penghargaan buat dirinya dan beliau berterima kasih kepada Pengerusi BN yang mempercayai kepimpinannya.

“Terima kasih kepada Pengerusi (Najib) dan Timbalan (Mohd Zin) BN Selangor yang melantik saya sebagai calon, saya juga mahu berterima kasih kepada mereka yang telah menyokong kerja-kerja saya.“Walaupun dicalonkan pada saat-saat akhir, saya akan berikan yang terbaik dan memastikan kemenangan BN di sini (DUN Seri Setia),” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana