Tamparan Hebat Buat PKR...Datuk Asri Zainul Abidin dan Juanda Jaya?....Keyakinan ulama makin menipis terhadap Anwar


Menjelang penamaan calon Sabtu ini, PKR terpaksa menerima dua “kekalahan” pahit dalam bentuk Datuk Asri Zainul Abidin dan Juanda Jaya.

Untuk berbulan-bulan PKR mencanang nama dua ulama itu sebagai senjata ampuh untuk menawan Perlis dan mengukuhkan kuasa pembangkang di Pulau Pinang.

Bukan itu saja, Asri dan Juanda dijulang sebagai trofi PKR sebagai parti yang didokong ulama...sindiran halus yang ditujukan kepada PAS yang mengganggap imej itu sebagai hak mutlaknya.

Namun harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkecai. Rencana beliau meletakkan Asri bertanding di Sungai Aceh dan seterusnya diangkat menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 berkecai.

Keyakinan ulama makin menipis terhadap Anwar 

Asri memulau tawaran itu. Hujah rasmi yang diberikan oleh beliau adalah bahawa dia lebih gemar untuk memberi buah fikiran yang bebas daripada ikatan politik.

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan beliau, keputusan Asri itu juga berkait dengan tahap kepercayaan yang semakin terhakis terhadap Anwar.

“Walaupun pada mulanya beliau cenderung kepada PKR, namun pengamatan Asri bertukar sehingga akhirnya beliau tawar untuk menerima tawaran Anwar itu,” kata sumber berkenaan.

Nama Juanda dicanang PKR, tetapi palsu 

Dalam kes Juanda, beliau tersepit dalam pertelagahan antara PKR dan PAS untuk mendapatkan kerusi Parlimen Kangar.

PKR mengintai kerusi itu untuk Juanda, malah pimpinan negeri parti mengumumkan bahawa Mufti Perlis itu akan bertanding di situ.

Namun cubaan PKR untuk mengesahkan pencalonan Juanda ditolak oleh PAS.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin menjadikan misi membolot ketiga-tiga kerusi Parlimen di Perlis sebagai tugas utama.

Akhirnya Hashim berjaya mencapai matlamat itu, sungguhpun Kangar ditandingi oleh PKR pada 2008.

Hashim mengumumkan anggota jawatankuasa Pas Perlis, Baharuddin Ahmad, 57, untuk kerusi Kangar. Lawan beliau adalah Shaharuddin Ismail daripada BN.

Juanda tidak pernah dikhabarkan pencalonannya 

Juanda mungkin merasakan dirinya “dipermainkan” oleh PKR apabila mendedahkan beliau tidak dihubungi oleh mana-mana pemimpin parti mengenai pencalonan itu.

Bermakna sungguhpun PKR mencanang namanya, Juanda sendiri tidak diberikan sebarang pengesahan mengenai perkara itu.

Pengalaman Asri dan Juanda dalam menyusur politik PKR pasti menjadikan mereka lebih matang – dan berhati-hati – dalam menceburi dunia politik.

Sama ada dua ulama itu menolak PKR atau PKR menolak dua ulama itu akan ditafsir oleh pengundi dan ahli politik pada hari-hari berikutnya.

Turut dikupas adalah sama ada dua ulama berkenaan diperalatkan oleh PKR yang cuba menangguk di atas nama mereka untuk mencari sokongan pengundi Melayu.

Apa pun, Juanda dan Asri kini terus menjalankan kerja-kerja mereka, bebas daripada politik PKR dan bebas mengeluarkan pandangan, mengikut akal minda masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana