Surat Qardhawi: Pembangkang salah tafsir - Aidit


SHAH ALAM: Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali mendakwa kemungkinan pembangkang memutar belitkan kenyataan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi bersabit surat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Menurutnya, pembangkang sering mentafsirkan sebarang kenyataan mengikut hala tuju politik mereka bertujuan memberi kelebihan kepada kepimpinan gabungan itu.
Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin dipetik sebagai berkata Pakatan Rakyat akan menyebarkan risalah palsu yang mendakwa Ketua Umum PKR mendapat sokongan Qardhawi.

"Bukannya mereka mahu paparkan kenyataan Qardhawi mengikut apa yang dimaksudkan tetapi mereka mentafsir ikut selera politik mereka," katanya sewaktu dihubungi Antarapos.

Justeru Aidit yang juga Ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mencadangkan agar persoalan ditujukan kepada Qardhawi justeru mengeluarkan kenyataan mengesahkan surat berkenaan.

"Kalau ada mana-mana pihak mempertikaikan, Yusuf Qardhawi masih hidup, tanyalah dia," katanya lagi.

Semalam Zulkifli mendakwa menerima salinan risalah bertarikh 2 Mac, didakwa sebagai surat dari ulama berkenaan yang mengandungi sokongan kepada Anwar.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru itu berkata, usaha tersebut dilakukan pembangkang sebagai jalan terakhir meraih kepercayaan rakyat bagi menutup segala salah laku moral Anwar.

Sementara itu, Aidit turut menyelar tindakan pembangkang yang terdesak melakukan penipuan kepada jutaan rakyat di negara ini demi kuasa sebagai pemerintah.

"Sekiranya Datuk Zulkifli Noordin dedahkan surat itu dan ia terbukti palsu, maka ini menunjukkan bahawasanya pihak-pihak yang mengeluarkan surat itu bersifat terdesak sehingga sanggup buat perkara terkutuk termasuk menipu beratus ribu atau berjuta orang semata-mata mahu capai matlamat kerakusan kuasa," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana