Solat Umno: Nik Aziz ada sifat iblis - Aidit..Kenapa Nik Sifatnya begitu Rupa...Ini Ker Dipanggil Ulama?


SHAH ALAM: Timbalan Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali menyifatkan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat mirip kepada sifat iblis kerana mendakwa amalan solat ahli Umno yang menolak dasar Islam tidak mendatangkan pahala.

"Apa yang telah dikatakan oleh Datuk Haji Nik Aziz itu membayangkan satu sifat yang angkuh, yang amat teruk sekali. Sifat angkuh ini ialah salah satu sifat yang ada pada Iblis.

"Jadi kalau Nik Aziz menghukum solat orang Umno itu adalah sesuatu yang tidak mendatangkan pahala, maka apa yang boleh menghalang masyarakat untuk mengatakan bahawa kalau Nik Aziz ni angkuh? Maka Nik Aziz ini ada sifat iblis," kata beliau.

Semalam, Nik Abdul Aziz sekali lagi mencetuskan kontroversi melalui fatwa beliau terhadap keislaman orang Umno apabila mendakwa sembahyang ahli parti itu tidak memberikan sebarang pahala.

Pemimpin PAS itu turut mendakwa Umno telah menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

Pada 17 November tahun lalu dalam sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-58 di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz mendakwa Umno merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekeh Islam dalam dasar parti itu.

Nik Abdul Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada Umno kini menganut agama Kristian, Buddha ataupun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Malah, bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat melalui pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) turut disamakan oleh Mursyidul Am PAS itu seperti memberi dedak serta padi kepada haiwan ternakan.

Mengulas lanjut Aidit berkata hak untuk menghukum umat itu hanyalah milik mutlak Allah dan tiada sesiapa boleh menjatuhkan hukum.

Justeru beliau menasihatkan Nik Aziz "menjaga mulut" sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan hak mutlak Allah.

"Ini mengajar kita bahawa jangan kita ambil hak Allah. Hak menghukum ialah hak mutlak Allah. Bukan hak kita. Hak Allah yang menentukan siapa masuk Syurga, siapa masuk Neraka. Nik Aziz sendiri pun belum tentu akan mati sebagai orang Islam.

"Nasihat saya pada Nik Aziz, mulut itu jaga. Syaitan sangat suka pada orang yang mulutnya bacul dan celupar ini," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana