Soi Lek..Memang Hebat Idealnya.."Apabila kita pergi berperang, kita mahu menang.


KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Lim Kit Siang yang bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah tidak lagi boleh menganggap akan menang mudah di kawasan yang majoritinya pengundi Cina itu.

"Lim Kit Siang tidak pernah terfikir akan berdepan dengan pemimpin Umno di situ. Lazimnya dia (Lim) akan muncul pada hari penamaan calon dan hilang dan muncul semula untuk mengundi sebab dia amat yakin akan menang. "Kali ini saya berani bertaruh, dia sudah tidak ada keyakinan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'The Star Accelerator Fund', di sini hari ini.

Veteran DAP itu akan berdepan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kerusi parlimen berkenaan.Dr Chua berkata strategi menukar dan meminjam kerusi yang dilaksanakan BN kali ini merupakan langkah 'di luar kotak' bagi memastikan kemenangan majoriti dua pertiga BN pada pilihan raya umum ke-13 ini.

"Apabila kita pergi berperang, kita mahu menang. Strategi ini telah difikirkan dengan mendalam bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional," katanya.

Sehubungan itu katanya, anggota parti tidak patut mempertikaikan langkah berkenaan.
MCA meminjamkan kerusi Parlimen gelang Patah, Kuantan dan Wangsa Maju kepada Umno serta kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kota Laksamana kepada parti Progresif Penduduk (PPP) pada PRU13 ini.

Dr Chua yang yakin BN akan diberi mandat mentadbir semula negara ini, turut meminta anggota dan pemimpin MCA menerima serta menyokong sepenuhnya mereka yang dicalonkan bagi memastikan suara kaum Cina dalam kerajaan diwakili.

"Pilihan raya ini amat penting kepada kaum Cina. Jika kita tidak berhati-hati, kita akan terkeluar daripada kerajaan dan dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, keadaan ini berbahaya," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana