Saya lebih 'pandai' dari Najib, kata Khalid...Alahaiii...Masuk Bakul Angkat sendiri


KLANG: Calon PKR kerusi DUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan beliau lebih 'pandai' menguruskan ekonomi berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dakwanya, pengalaman sebagai pembuat dasar membolehkan beliau menyelesaikan permasalahan yang dialami penduduk di Selangor, terutamanya di Pelabuhan Klang selain berjaya mengutip hutang Talam Corporation berjumlah RM392 juta.Justeru Khalid berkata penglibatannya dalam politik hanya berteraskan reformasi walaupun tidak berminat dalam kariernya.

"Saya lebih pandai dari Najib sebab saya pernah kerja dengan Unit Perancang Ekonomi Malaysia. Saya lembaga pengarah Institut of Strategic Study. Jadi kita kena tengok beza pembuat dasar dan siapa yang lakukan."Saya memang lebih senang tak bekerja sebagai orang politik. Politik adalah perjuangan saya untuk reformasi. Jadi orang Melayu Islam yang dengki memang bagus sebab saya dapat pahala dari situ," kata Khalid dalam sesi dialog bersama penduduk di Kampung Idaman, Pelabuhan Klang.

MUKA TAK TAHU MALU....INI KALI LAH SAJA NAK BERKEMPEN LEPAS INI TIADA LAGI.

Comments

Blog Politik said…
itu bukan kes masuk bakul .. tapi sudah riak dan takabbur. sendiri mahu ingat di manakah tempat orang yang riak dan takabbur di akhirat nanti.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana