Saman UMNO jika video seks adalah konspirasi Dan Kenapa Tak Buat Report Polis Dengan Segera


KUALA LUMPUR 14 April - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap UMNO sekiranya merasakan penyebaran video seks mirip beliau adalah konspirasi parti itu.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Ruslan Kasim berkata, Mustafa dan peguamnya perlu bertindak lebih positif dan profesional dalam menangani perkara tersebut, bukannya membuat tuduhan tanpa usul periksa.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

1. Adalah tidak wajar dan tidak adil Datuk Mustafa Ali menuding jari kepada UMNO dalam insiden video klip lucah baru-baru ini. Alasan konspirasi UMNO hanya boleh diguna pakai kepada isteri beliau untuk menyedapkan hati dan tutup cerita. Tetapi apabila melibatkan pengetahuan orang ramai, maka Mustafa dan peguamnya, Asmuni Awi perlu bertindak dengan lebih positif dan lebih profesional.
2. Kita mendesak supaya Mustafa dan wanita dalam video klip itu sama ada bertindak untuk saman UMNO atau membuat sidang akbar bersama bagi menafikan insiden video seks tersebut atau terus pergi berjumpa tok kadi untuk terus akad nikah. Ini adalah tindakan yang lebih positif daripada buat tuduhan yang tidak menentu.
3. Tindakan Mustafa dan peguamnya, Asmuni itu seolah-olah seperti nak tutup malu atau nak menegakkan benang basah maka terpaksa melaungkan bahawa ini adalah konspirasi UMNO. Janganlah suka mengamalkan sikap baling batu sembunyi tangan. Kenapa orang lain yang makan nangka tiba-tiba orang lain pula yang terkena getahnya.

4. Sebenarnya tindakan mereka ini juga sama seperti apa yang telah dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan menyalahkan UMNO apabila terdapat ahli-ahli DAP membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk meminta agar pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) diadakan kerana Guan Eng telah bertindak menghalang 753 perwakilan DAP daripada menghadiri mesyuarat Agung pemilihan CEC tempoh hari.Pemimpin Pas yg sedap,Umno jgk yg salah ye.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana