Rapuhnya nilai moral pemimpin-pemimpin PAS


PAS bermain dengan api apabila menghalalkan tindakan pemimpinnya untuk menuduh Umno sanggup mengaitkan Nabi Muhammad SAW dengan video seks.

Tindakan Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan Tantawi mempertahankan kenyataan Penolong Setiausaha I Pemuda PAS, Khairul Fahmi Mat Som bahawa kononnya ia hanya ditujukan kepada Umno adalah pendirian yang cetek, malah dangkal.

Khairul dipetik berkata dalam twitter bahawa "Kalau Nabi Muhammad saw masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun Umno akan keluarkan...... Jahanam Umno".
Memang Umno dibidas oleh Khairul, tetapi mengapa beliau perlu mengaitkan Nabi Muhammad kepada video seks dan Umno.Apakah kenyataan Khairul itu  meningkatkan kemuliaan Nabi Muhammad atau sebaliknya?.Jawapannya begitu jelas sekali.Dulu isunya ialah tindakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengkafirkan ahli Umno.

Sehingga hari ini PAS tidak nampak kesalahan untuk mengkafir sesama umat Islam.Kenyataan terbaru oleh Khairul, yang didokong pula oleh pemimpin kanan PAS, menyerlahkan jenis Islam yang cuba diterapkan oleh parti itu di negara ini.Politik, termasuk politik maki hamun, harus mempunyai batas. Jauhilah daripada membabitkan Nabi Muhammad kepada sebarang kenyataan yang sendirinya berunsur fitnah dan tohmahan.  
Pemimpin seperti Nasaruddin patut lebih bertanggungjawab dan bersedia mengemukakan bukti bahawa Umno sememangnya membuat fitnah bersabit dengan siri video seks yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kes video “China doll” apa yang nyata ialah perakuan dua pakar forensik Amerika Syarikat bahawa rakaman itu tidak diubah atau berlaku elemen super impose (menindih gambar).Hasil rumusan dua pakar itu tidak dicabar oleh Anwar. Ketua Pembangkan  itu juga tidak menyaman gandingan Datuk T selepas menuduh mereka menyebar fitnah bersabit video itu.Mungkin Pas dan Hassan ada bukti-bukti yang lebih tuntas, yang tidak ada pada Anwar.Jika begitu, maka kemukakanlah  kepada rakyat. Berhentilah daripada  membuat tuduhan melulu atau menyokong tuduhan liar yang akhirnya mencemar wibawa Nabi Muhammad SAW sendiri.

Dalam kes video terbaru yang membabitkan seks antara dua lelaki, biarlah rakyat menentukan samada audio dan video itu adalah seperti yang cuba dipaparkan.Jangan cepat menuding jari. Isu moral dan  pegangan agama masih penting kepada pengundi di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana