PRU13: Jangan semai racun syak wasangka - PM


SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan semua parti-parti politik yang akan terlibat dalam pilihan raya umum kali ini supaya bersikap bertanggungjawab memelihara kepercayaan terhadap integriti proses demoraksi yang diamalkan sejak merdeka.

Beliau berkata semua pihak harus mengelakkan daripada cubaan untuk menyemai racun syak wasangka seterusnya mendedahkan negara kepada risiko yang akan mengakibatkan negara menjadi tidak stabil.

Katanya lagi, setakat ini amalan demokrasi di Malaysia kekal dan berjaya walaupun bersifat sengit namun pada akhirnya ia berjaya kerana semua pihak menghormati proses dan keputusannya.

"Insaflah dan ambil iktibar dari apa yang berlaku di negara lain di mana taktik ini cuba digunapakai, kesan, akhirnya proses dan keputusan pilihan raya di negara tersebut tidak lagi diyakini. Dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk parti yang mengamalkan taktik-taktik tersebut telah ditolak rakyat.

Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita," kata beliau ketika mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia ke-12 sebentar tadi.

Najib yang genap empat tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia hari ini berkata, amalan demokrasi yang dilaksanakan selama ini telah berjaya mewujudkan kerajaan yang dipilih menerusi hasil pilihan raya umum yang mendapat sokongan majoriti rakyat.

Menurutnya perbezaan pendapat, idea dan pandangan yang selama ini telah berjaya ditangani secara berhemah sekali gus mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara.

Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa sebarang peralihan kuasa sama ada di peringkat nasional atau negeri, akan dan perlu berlangsung secara aman dan tertib.

Beliau turut menasihati rakyat di pantai timur negeri Sabah yang kini sedang berdepan dengan insiden pecerobohan agar tidak takut untuk keluar menunaikan tanggungjawab mengundi kerana pasukan keselamatan negara akan sentiasa memastikan persekitaran yang selamat.

"Inilah iltizam kita dalam menjunjung prinsip demokrasi, inilah tekad kita dalam menggerakkan transformasi politik dan komitmen kita mendahulukan kepentingan rakyat.

"Marilah kita sama-sama sama ada parti kerajaan mahupun pembangkang, memberikan komitmen untuk memelihara proses demokrasi dan menghormati keputusan yang akan dibuat oleh rakyat.

Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) menang 140 kerusi Dewan Rakyat manakala pembangkang 84 kerusi.

BN berjaya membentuk kerajaan hampir di semua negeri kecuali Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Perak. Perak jatuh ke tangan BN pada tahun 2009.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana