PRU13: GM13 tarik diri tanding kerusi Pekan...Balaci Politik PR


PUTRAJAYA: Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) mengumumkan untuk menarik diri dari bertanding di kerusi Parlimen Pekan bagi mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pelajar Universiti Malaya Mohamed Bukhairy berusia 23 tahun yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding di kawasan itu walau bagaimanapun gagal memberitahu sebarang sebab keputusan tersebut dibuat.

Sebelum ini PKR meletakkan ahli majlis pimpinannya Fariz Musa untuk bertanding di kerusi Pekan sekali gus membayangkan pertandingan tiga penjuru di kubu kuat Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM) Safwan Anang dalam satu ceramah di Putrajaya semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana