PRU13: GEMPUR gesa Nurul Izzah tarik balik kenyataan berkaitan pengundi hantu


KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), GEMPUR menggesa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menarik balik kenyataannya berkaitan pengundi hantu di Parlimen Lembah Pantai.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan itu, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata GEMPUR, yang mewakili sekumpulan penduduk didakwa sebagai pengundi hantu di Lembah Pantai, menyerahkan memorandum bantahan berkaitan perkara berkenaan kepada beliau hari ini dan meminta Nurul Izzah memohon maaf secara terbuka kepada mereka.
"Jadi, saya berharap Nurul Izzah tarik balik kenyataannya berkaitan pengundi hantu... mohon maaf kepada pengundi secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas menerima memorandum itu.

Nurul Izzah mendakwa terdapat 4,637 pengundi hantu di kawasan itu, dan pada 4 April lalu, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa Kuasa Khas) menolak permohonan beliau bagi kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan nama terbabit dalam Rang Daftar Pemilih Induk di Lembah Pantai, yang didakwa kononnya mempunyai keraguan.

Raja Nong Chik, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, berkata beliau akan membantu dalam memastikan semua pengundi itu dapat mengundi pada 5 Mei ini.

Sementara itu, Sekretariat GEMPUR, Mohd Yahya Yusop, berkata mereka tidak boleh menerima dakwaan Nurul Izzah, yang mempertahan kerusi Parlimen Lembah Pantai, kerana sudah beberapa kali mengundi di kawasan itu.

"Sudah masuk lima hingga enam kali kami mengundi. Mengapa baru kali ini isu ini timbul?" katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana