#PRU13 #GE13: POLIS PULAU PINANG GESA ORANG RAMAI ABAI SMS PALSU DAKWA BERLAKU RUSUHAN


George Town, 17 April - Polis Pulau Pinang hari ini menggesa
orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu akan berlaku rusuhan semasa pilihan raya umum ke-13.

SMS itu turut meminta orang ramai agar membeli barangan makanan dalam kuantiti banyak berikutan rusuhan itu.

Jurucakap pilihan raya Kontinjen Pulau Pinang, ACP Roslee Chik berkata SMS palsu itu disebarkan individu yang tidak bertanggungjawab bertujuan menimbulkan suasana huru-hara.

"Saya tegaskan SMS itu palsu. Orang awam dinasihatkan agar tidak mempercayai berita yang mengarut ini. Kita mempunyai kekuatan dan pegawai yang mencukupi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman orang awam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Roslee berkata individu terbabit jika ditangkap boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia di bawah Seksyen 232 kerana menyalahgunakan talian telefon untuk menyebarkan maklumat palsu.

Katanya, orang awam yang menerima SMS itu dinasihat agar tidak
menyebarkannya kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam.

Dalam perkembangan berkaitan, Roslee berkata sebanyak 54 laporan polis telah dibuat berkenaan isu pemasangan bendera sejak Parlimen dibubarkan 3 April lalu. Daripada jumlah itu, 17 kertas siasatan telah dibuka. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana