PRU13: Aishah Bertanding Di Jempol Atas Kerelaan Hati..Kita Tengok Siapa Yang Kena...


PETALING JAYA: Penyanyi Aishah yang sebelum ini dilaporkan terkejut dicalonkan untuk bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akhirnya mengesahkan untuk bertanding kerusi itu.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, berkata, keputusan menerima tawaran itu bagi mewakili PAS dibuat atas kerelaan dan kehendaknya sendiri.

“Ia adalah pilihan saya. Apabila kita mempunyai pengikut tertentu (sebagai bintang pop), dan ia juga merupakan perkara yang baik, mengapa tidak (bertanding)?” katanya seperti dilaporkan portal red carpet.net.my pada Jumaat.

Pada Rabu lalu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu telah mengumumkan Aishah yang popular dengan lagu Janji Manis Mu dan Melukut Di Tepi Gantang dinamakan sebagai calon Parlimen Jempol bagi mewakili parti itu dalam PRU13.

Akhbar bagaimanapun melaporkan pengumuman Mohamad Sabu satu keputusan ‘bercelaru’ kerana pada Ahad lalu nama Ketua Dewan Pemuda PAS Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa diumumkan sebagai calon bagi kerusi tersebut.

Dalam pada itu Aishah yang pernah menuntut dalam jurusan sains politik di sebuah universiti di New Zealand berkata, dia sentiasa cenderung dalam bidang berkenaan walaupun mengakui permainan politik kadangkala kotor.

“Ia akan menjadi kotor kalau kita yang mahukan ia menjadi kotor. Sebagai rakyat Malaysia, saya berpendapat kita memerlukan politik yang matang dalam membentuk pandangan politik kita. Ia mengambil masa untuk mendidik masyarakat,” katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini berkata, keutamaan dalam hidupnya telah berubah selepas membuat keputusan meninggalkan dunia seni.

Ujarnya, semasa muda dia banyak memberi tumpuan dalam bidang muzik tetapi apabila sudah ‘tua’, bidang politik adalah dunia barunya.

“Jika doktor boleh menjadi ahli parlimen dan menteri kabinet, kenapa tidak artis seperti saya?” katanya yang akan memulakan kempen pada minggu depan.

Kata Aishah selepas menyertai PAS pada Mei tahun lalu, dia telah terlibat secara aktif bagi memperjuangkan parti itu termasuklah menyertai ceramah-ceramah politik yang dianjurkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana