PRU-13: Ulama sertai UMNO gambarkan ada tidak kena dengan Pas


KUALA LUMPUR 15 April - Trend penyokong pembangkang khususnya golongan ulama dan tokoh agama kebelakangan ini menyertai UMNO jelas menunjukkan ada yang tidak kena dengan kepimpinan Pas.

Terbaharu, sebanyak 80 penyokong tegar Pas di Puchong menyertai UMNO seterusnya menubuhkan Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf.

Ketua kumpulan itu, Yusof Mohamed memberitahu, kekecewaan utama yang membawa kepada keputusan mereka menyokong UMNO kerana Pas kini semakin jauh terpesong daripada ajaran Islam.Beliau ditemui dalam Majlis Penyerahan Borang Keahlian serta Penubuhan Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf di Kampung Seri Aman, Puchong, dekat sini, yang dihadiri Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana