PRU-13: Siew Fook hina Perdana Menteri...Kurang Ajar Sikapnya


SEREMBAN 25 April - Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook malam tadi menghamburkan kata-kata biadab yang menghina Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di hadapan lebih 1,000 penyokong pembangkang di Nilai.

Tanpa sedikit pun rasa hormat Siew Fook benar-benar melepaskan dendam kesumatnya kepada Najib dengan membuat perbandingan antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Najib.Beliau juga secara bongkak dengan menggunakan perkataan yang cukup kasar mengingatkan Perdana Menteri, negara ini milik rakyat.

Malah tanpa berselindung, Siew Fook turut menghina Ketua Wanita UMNO,Datuk Seri Sharizat dalam isu Pusat Fidlot Negara (NFC) biarpun kes berkenaan telah selesai dan diambil alih oleh Kirimitonas Agro Sdn. Bhd. (KASB).

Ucapan kurang ajar pemimpin DAP negeri ini yang berhasrat menawan Negeri Sembilan dan berbangga dengan sokongan kaum Cina dalam kempennya itu menghina pula Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang didakwanya bersikap rasis dan perkauman tetapi disokong oleh BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana