PRU-13: Perojek mega Bandar Chintawangsa 'umpan' terbaru Pas Kelantan...Janji Lagi

KUALA KRAI 11 April - Kerajaan Pas Kelantan hari ini menjanjikan satu lagi projek mega kepada rakyat Kelantan iaitu pembangunan Bandar Chintawangsa bernilai RM85.6 juta di bandar ini yang kononnya akan siap dalam tempoh empat tahun sahaja hasil usahasama dengan syarikat swasta.

Menariknya, pelancaran projek tersebut yang disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di sini hari ini dibuat tidak sampai lima kilometer dari tapak Pelabuhan Darat Kuala Krai yang juga merupakan projek mega dijanjikan kepada rakyat beberapa tahun lalu tetapi masih belum dilaksanakan.

Seperti biasa, projek Bandar Chintawangsa itu membabitkan pembangunan sebuah apartmen mewah dengan nama Chintawangsa Residen yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit iaitu di luar kemampuan sebahagian besar rakyat Kuala Krai yang bekerja sebagai penoreh getah.Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), Ahmad Robert Abd. Rahim ketika berucap pada majlis pelancaran itu berkata, bandar tersebut dibangunkan di tapak seluas 3.6 hektar yang telah diluluskan Kerajaan Pas Kelantan kepada MSO Corporation pada 23 Februari 2011.

"Bandar ini akan dibangunkan dengan komponen-komponen terdiri daripada bangunan kedai tiga tingkat, pangsapuri, kediaman teres, ruang pasar raya, lot-lot kedai dan gerai.

"Penyediaan ruang-ruang niaga ini akan membuka peluang perniagaan kepada masyarakat di jajahan ini sesuai dengan Jajahan Kuala Krai yang kaya dengan warisan tersendiri," katanya.

Menurut beliau, sebagai balasan, syarikat berkenaan akan membina sebuah bangunan empat tingkat untuk dijadikan pejabat MDKK selain keuntungan sebanyak RM6.5 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana