PRU-13: Penyokong bantah calon PKR bagi kerusi Parlimen Balik Pulau


BALIK PULAU 12 April - Sekumpulan penyokong dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membantah keputusan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon 'payung terjun' untuk bertanding kerusi Parlimen Balik Pulau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Kumpulan seramai 100 orang itu mengadakan perhimpunan secara aman di Jalan Baru di sini semalam bagi menyatakan sokongan terhadap penyandang, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff untuk mempertahankan kerusi itu.

Wakil kumpulan itu, Noryusmah Wan Yusuf berkata, penyokong PKR Balik Pulau tidak bersetuju dengan calon baharu, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, 48, yang diumumkan oleh Anwar tanpa mengambil kira pandangan mereka.

"Kami mahu pucuk pemimpin PKR mempertimbangkan semula calon baharu itu kerana ia akan mengundang perpecahan dalam parti," katanya kepada pemberita di sini.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohd. Yusmadi memenangi kerusi Parlimen itu dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Norraesah Mohamed dengan majoriti 708 undi. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana