PRU-13: Penggunaan kereta berdaftar Singapura dibantah...KDN Harus Bertindak Segera


JOHOR BAHRU 17 April - Barisan Nasional (BN) Pasir Gudang hari ini membuat bantahan terhadap penggunaan kenderaan berdaftar di Singapura dalam kempen Pilihan Raya Umum (PRU) negara ini.

Bantahan itu dibuat sekumpulan ahli BN Pasir Gudang secara aman di pekarangan bangunan City Square, di sini selain turut menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Konsulat Jeneral Singapura di negeri ini.

Mereka turut berkumpul sambil mengangkat kad yang antaranya tertera perkataan Tindakan Biadap Negara Jiran, Malaysia Negara Yang Berdaulat, Jangan Campur Urusan Negara Kami dan Jangan Campur Pilihan Raya Malaysia.

Menurut Ketua Penerangan BN Pasir Gudang, Dahari Hassan, bantahan itu dibuat kerana mereka menganggap ia satu perbuatan biadap apabila ada kenderaan Singapura yang menampal pelekat tertulis 'Bersihkan Malaysia'.

"Ia tidak sepatutnya berlaku kerana seolah-olah mencampuri urusan negara kita," katanya kepada pemberita di sini.

Yang turut hadir, Setiausaha Penerangan Parlimen Pasir Gudang, Ibrahim Ismail dan Ketua Penerangan MCA Bahagian Pasir Gudang, Tan Tuan Peng.

Dahari berkata, pihaknya juga telah membuat laporan di Balai Polis Johor Jaya pada 11 April lalu.

Sehubungan itu, Dahari mahu kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas atau menghalang kenderaan berdaftar dari negara terbabit yang bertindak melekatkan pelekat kata-kata biadap itu daripada memasuki negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana