PRU-13: Pembangkang di Pasir Salak makin goyah, 60 ahli Pas sertai UMNO


PASIR SALAK 12 April - Selepas 428 pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti dan menyertai UMNO, kedudukan pakatan pembangkang di Parlimen Pasir Salak semakin goyah apabila 60 ahli Pas kawasan itu pula membuat tindakan sama.

Kumpulan itu diketuai Pengerusi Pas Cawangan Taman Desa Cempaka, Samiran Sapuan, 64, yang menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam majlis di sini malam tadi.

Samiran dalam ucapannya pada majlis tersebut mengakui, keputusan meninggalkan Pas bukan sesuatu yang mudah tetapi terpaksa dilakukan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

"Saya mohon keampunan dan kemaafan atas kesilapan kami (ketika) bersama Pas sebelum ini," katanya sambil disambut dengan laungan hidup UMNO sebanyak tiga kali oleh lebih 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN) yang hadir pada majlis tersebut.

Pada majlis sama, hadirin juga mendengar ceramah bertajuk Pilihan Raya Wadah Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara yang disampaikan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Nordin.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin; bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah, Dr. Wan Norashikin Wan Noordin dan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Tidak sampai sebulan lalu, seramai 429 ahli PKR kawasan itu termasuk Pengarah Jentera Pilihan Raya PKR Cabang Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan bertindak keluar parti dan menyertai UMNO.

Samiran yang sudah 10 tahun menjadi ahli Pas berkata, dia setia bersama parti itu atas prinsip perjuangan agama, tetapi keyakinannya semakin terhakis lebih-lebih lagi selepas melihat sikap pemimpin Pas membiarkan Islam diperlekeh termasuk dalam isu kalimah Allah.

Dia mendakwa, terdapat kira-kira 100 lagi ahli Pas kawasan itu akan mengikut jejaknya meninggalkan parti tersebut dalam masa terdekat.

Sementara itu, Tajudin dalam ucapannya berkata, beliau memberi jaminan kepada kumpulan tersebut bahawa mereka akan mendapat lebih ruang dalam memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara melalui UMNO dan BN.

"Baru-baru ini kita berjaya menembusi tembok PKR dan sekarang Pas pula. Percayalah, perjuangan mereka lebih bermakna bersama kita dan kita menerima mereka dengan rasa besar hati dan tangan terbuka," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana