PRU-13: Pas N. Sembilan, Pusat tak sehaluan pilih calon Parlimen Jempol?

SEREMBAN 4 April - Pengumuman nama dua calon oleh Pas bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan hanya menampakkan bahawa Pas negeri dan Pusat tidak sehaluan dalam pemilihan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ini kerana, nama pertama diumumkan pada Ahad lalu, Mohd. Fairuz Mohd. Isa yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, adalah calon pilihan Pas Negeri Sembilan.
Pengumuman nama Mohd. Fairuz dibuat sendiri oleh Pesuruhjaya Pas II Negeri Sembilan, Abd. Rahman Ramli kepada media dalam satu program di Felda Raja Alias Empat di sini, yang turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Calon kedua pula, Wan Aishah Wan Ariffin iaitu penyanyi yang lebih dikenali sebagai Aisyah dan popular dengan lagu Janji Manismu, merupakan calon pilihan Pas Pusat.

Nama Aisyah bakal bertanding kerusi Parlimen Jempol diumumkan sendiri oleh Mohamad Sabu di Markas Pas, Taman Melewar, Kuala Lumpur.Mengulas mengenai perkara ini, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani mengakui bahawa pengumuman dua calon yang akan bertanding di Jempol dibuat kerana Mohd. Fairuz dipilih di peringkat negeri manakala Aishah pula oleh Pas Pusat.

"Justeru itu, yang terbaik akan dipilih. Esok kami akan mengadakan pertemuan dengan Pas Pusat bagi membincangkan calon yang akan bertanding di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur bermula 10.30 pagi.Selepas perbincangan itu, siapa calon yang akan bertanding di Negeri Sembilan dijangka akan diumumkan," katanya.

Siapa tidak marah dan berkecil hati jikalau orang PAS sudah lama menunggu dan bertahun lamanya tiba tiba Artis masuk PAS terus dapat menjadi calon YB...siapa yang tak marah?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana