PRU-13: Pas gembira kalau DAP pakai lambang bulan


PUTRAJAYA 19 April - Pas mengalu-alukan DAP menggunakan lambang parti itu sekiranya pendaftaran parti tersebut dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), kata Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Husam yang juga calon Pas di Parlimen Putrajaya berkata, langkah itu mampu meningkatkan undi Pas dan DAP di samping menambah kemesraan kedua-dua parti politik itu.

"Gembiralah saya, kita semua gembira lagi ramai keluarga kita, rakan-rakan, sahabat handai dan ini menambahkan kemesraan dan unity for Malaysian (perpaduan untuk rakyat Malaysia).

"Hari itu kita sudah bagi tahu, Pas alu-alukan (bagaimanapun) tertakluk kepada pilihan strategi DAP sama ada pakai (lambang) Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai platform," katanya.

Beliau memberi reaksi demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan DAP akan menggunakan lambang Pas berikutan tindakan ROS yang tidak mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana