PRU-13: Papagomo 'kejar' Anwar Ibrahim di Permatang Pauh...


Kisah blogger Papagoma hendak bertanding pilihanraya umum ke 13 sebagai calon bebas lawan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh ini bukan cerita baru.Ia sudah diperkatakan malah ada ditulis dalam blog Papagomo sebelum ini.Namun ramai yang ingat itu hanyalah gurauan main-main sahaja, sehinggalah pagi ini apabila media dimaklumkan Papagomo akan mengambil borang calon di Ibu Pejabat SPR Wilayah Persekutuan.Maka berduyun-duyunlah wartawan dan jurugambar terjah pejabat SPR Wilayah Persekutuan yang terletak di bangunan Yayasan Selangor Kampung Baru.

Lebih kurang jam dua petang, muncul Presiden Nadi Rakyat Rafi Awang Kecik,Katanya dia yang akan ambil borang itu mewakili Papagomo.Kata Rafi dia mengambil borang itu Wan Muhammad Azri Wan Deris yang Anwar dakwa sebagai blogger Papagomo dalam samannya baru-baru ini."Papagomo sebenar akan muncul di Permatang Pauh nanti,"katanya.
papagomo-rafiRafi Awang Kecik sedang tunjuk kepada media borang pencalonan Papagomo yang diambilnya di pejabat SPR Wilayah Persekutuan awal petang Isnin.


Menurut Rafi, Papagomo akan kejar ke mana saja kerusi yang akan ditandingi Anwar.Ini jika timbul kemungkinan last minute Anwar tak jadi bertanding di Permatang Pauh dan pergi ke kawasan lain.Rafi yang membaca kenyataan media Papagomo yang antara lain mengumumkan hasrat untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Anwar di Permatang Pauh."Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia,"kata Papagomo.

Kata blogger popular tersebut, dia mahu bertanding bagi menunjukkan beliau benar-benar serius untuk meminta Anwar berundur secara terhormat dari arena politik negara.Rafi berkata, sebagai Presiden Nadi Rakyat yang mempunyai 7,000 ahli seluruh negara, mereka akan berkempen untuk mebantu Papagomo."Kami juga akan menaja dari segi kewangan untuk tujuan kempen dan sebagainya,"ujarnya.
Beliau mengingatkan bahawa Papagomo bertanding atas nama individunya sebagai calon bebas dan tidak ada sebarang kaitan dengan Barisan Nasional."Kita juga akan kempen ikut pandai kita sendiri," katanya.Rafi tidak menolak kemungkinan Papagomo akan guna 'video' dalam kempen tersebut.

Bila ditanya apakah pendedahan video itu akan dibuat dalam bentuk wayang pacak, Rafi kata "kita tengoklah nanti."Menjawab satu soalan, Rafi kata semua ahli Nadi Rakyat yang tengok video tu yakin itu Anwar.Papagomo merupakan blogger yang mendedahkan beberapa siri salah laku moral didakwa membabitkan Anwar sebelum ini.

Anwar juga telah mengambil tindakan saman RM100 juta terhadap seorang individu Wan Mohd Azri Wan Deris yang didakwanya adalah Papagomo.Sehingga kini identiti sebenar Papagomo masih lagi misteri dan kemunculan beliau di Permatang Pauh sudah pasti menarik perhatian ramai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana