PRU-13: Nurul Izzah terus main isu pengundi hantu


KUALA LUMPUR 25 April - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar masih terus memainkan isu pengundi hantu ketika berkempen di Kampung Datuk Tatah, di sini malam tadi.

Beliau yang sebelum ini dibidas para penduduk di Lembah Pantai kerana jahil tentang sejarah perkampungan setinggan di kawasan berkenaan sehingga menuntut pembatalan 4,000 pemilih yang didakwa pengundi hantu.

Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai itu juga kekeringan isu untuk berkempen sehingga terpaksa memuji pentadbiran kerajaan Selangor yang ditadbir oleh PKR.

Bagaimanapun, beliau tidak pula menjawab keluhan para pengundi di Lembah Pantai yang kecewa dengan sikapnya yang jarang turun padang dan tidak membawa sebarang kemajuan selama lima tahun menjadi ahli Parlimen di kawasan tersebut.

Sebaliknya tanpa ada perasaan malu, Nurul Izzah masih lagi ada hati menagih simpati pengundi agar memberi sokongan kepadanya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Untuk itu, beliau menabur janji untuk menyelesaikan isu jual beli rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan menjual pada harga asal tanpa faedah.

Comments

Unknown said…
anak beranak kuat bohong. itu munafik namanya.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana