PRU-13: Nik Noriza mahu buat kejutan di Pasir Pekan


KOTA BHARU 16 April - Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, Nik Noriza Nik Salleh telah memecah tradisi menjadi calon wanita pertama yang akan bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Penampilan pertama Nik Noriza, 43, yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Tumpat itu bertambah menarik apabila beliau dijangka menentang Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob daripada Pas.

Berbekalkan semangat waja seorang srikandi, Nik Noriza menanam tekad untuk merampas DUN berkenaan daripada Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan itu sekali gus memberi ruang kepadanya membela nasib rakyat di kawasan berkenaan.

Katanya, di Pasir Pekan masih banyak penduduk yang miskin dan keadaan seperti itu sudah tidak sepatutnya berlaku lagi."Kita akan menumpukan kepada permasalahan ini untuk membantu rakyat selepas Pas gagal membela nasib rakyat di sini yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka.

"Sekiranya diberikan peluang, kita akan menyelasaikan masalah kemiskinan dan dalam masa yang sama akan berusaha meningkatkan sosio ekonomi di kawasan ini.

"Saya juga yakin rakyat di kawasan ini boleh berubah dengan memberikan kepercayaan kepada BN. Mereka juga dilihat sudah muak dengan pelbagai janji Pas yang terus gagal dilaksanakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman calon BN negeri di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana