PRU-13: Nicole tidak gentar hadapi Teresa di Seputeh


KUALA LUMPUR 26 April - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Seputeh, Nicole Wong Siaw Ting sedikit pun tidak gentar untuk berhadapan dengan lawan yang dianggap gergasi di kawasan itu, Teresa Kok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Nicole, 33, yang masih dalam pantang selepas melahirkan cahaya mata pertama sebaliknya menganggap dirinya sebagai semut yang akan berjuang habis-habisan untuk mencabar penyandang kerusi dari DAP itu.

"Saya tahu bahawa penglibatan saya sebagai ahli politik di kawasan Seputeh baru dua tahun tetapi dalam tempoh ini, saya telah bekerja keras.

"Oleh itu, saya terkilan apabila ada pihak yang memperkotak-katikkan usaha saya dan menyerang saya di alam siber," kata Nicole kepada Utusan Online di Markas Kawalan BN di Taman Gembira, di sini malam tadi.

Beliau berkata, selama enam penggal DAP menguasai Seputeh namun dalam tempoh tersebut, tiada pembaharuan yang dibawa untuk penduduk di situ.

Walaupun mengakui amat sukar untuk mengubah minda para pengundi di kawasan tersebut yang lebih 80 peratus pengundi Cina, tetapi Nicole percaya dengan usaha gigihnya selama ini, tidak mustahil mereka sedar dan menyokong BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana