PRU-13: NGO Cina ikrar sokong BN


KUALA LUMPUR 22 April - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum Cina malam tadi berikrar menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pertubuhan Perniagaan Wangsa Maju, sebuah badan yang memayungi lebih 300 peniaga kaum itu secara terbuka menyeru masyarakat Cina untuk memilih BN bagi menjamin kelangsungan kemakmuran negara.

Pengerusinya, Jimmy Liew berkata, polisi dan pendekatan BN yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi kunci kekayaan kaum itu di negara ini.

"Sehubungan itu, kepimpinan kini harus diteruskan dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengundi calon yang diletakkan BN di Wangsa Maju demi masa depan yang cerah.

"Ini kerana survival perniagaan kita bergantung kepada perangkaan yang mesra perniagaan oleh BN. Melalui polisi yang stabil, kemajuan sudah sedia terjamin," katanya dalam majlis makan malam anjuran NGO itu di sini.

Majlis yang dihadiri lebih 2,500 masyarakat pelbagai kaum itu turut dihadiri calon BN Wangsa Maju, Datuk Shafei Abdullah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana