PRU-13: Nakhaie tetap undi BN walaupun adik jadi calon Pas...


KUALA LUMPUR 3 April - Meskipun adiknya kini menyertai Pas dan akan bertanding di kerusi Parlimen Baling pada pilihan raya umum akan datang, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad tetap dengan pendiriannya untuk mengundi Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, pendirian itu berikutan BN mempunyai agenda memartabatkan agama Islam dan Melayu berbanding Pas yang hanya mengikut telunjuk DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pada pilihan raya ini saya berpendirian bahawa adalah amat penting bagi kerajaan BN untuk terus diberi mandat.

"Ini adalah berdasarkan pandangan saya bahawa dasar-dasar BN dari dahulu dan sekarang masih menjadi sandaran kita untuk kemajuan agama dan bangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Pas mengumumkan bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brigadier Jeneral, Datuk Najmi Ahmad yang merupakan adik kepada Nakhaei untuk bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana