PRU-13: Majoriti Melayu tetap sokong BN


KUALA LUMPUR 19 April - Satu kajian yang dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati majoriti masyarakat Melayu memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik UKM bagi tempoh antara Disember 2012 dan Mac lalu menyaksikan trend sokongan tersebut mencecah sehingga 68 peratus.

Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, antara faktor sokongan itu ialah kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan program transformasi.

"Kajian itu dibuat dalam kalangan 4,500 responden wanita di seluruh negara yang mana sebanyak 68 peratus mereka menyatakan kesediaan mengundi BN dan menyokong kerajaan sedia ada."Lazimnya, kecenderungan sama ditunjukkan suami responden terbabit serta anak-anak mereka," katanya di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana