PRU-13: Khairy dicabar 2 calon di Parlimen Rembau


REMBAU 20 april - Kerusi Parlimen Rembau menyaksikan saingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini apabila penyandang dari Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaludin ditentang calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Radzali A. Ghani dan seorang calon Bebas, Abdul Aziz Hasan.

Sementara itu, di DUN Rantau menyaksikan saingan satu lawan satu apabila calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan akan ditentang calon PKR, Aisah Lamsah.

Manakala di DUN Paroi, calon pas yang juga Pesurujaya Pas Negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani ditentang calon BN, Mohd. Ghazali Wahid.

Di DUN Chembong, calon BN, Datuk Zaifulbahri Idris yang menyandang kerusi itu akan dilawan calon Pas, Kamarol Ridzuan Mohd Zain.

Bagi DUN Kota, penyandang dari BN, Datuk Dr. Awaluddin Said akan ditentang calon Pas, Ghazali Mohd Shom. Semua nama ini diumumkan pengurus pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau, Mohamad Rawi Baharom.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana