PRU-13: Ghani Bakal Berdepan Kit Siang?


PETALING JAYA: Persaingan sengit bermula walaupun Parlimen baru dibubarkan dengan beberapa nama besar dalam politik Malaysia menjadi pertaruhan untuk menggalas cabaran besar.Di Johor, spekulasi mengatakan Penasihat DAP Lim Kit Siang mungkin tidak mempunyai laluan mudah seperti yang beliau jangkakan di Gelang Patah.Beberapa pemimpin Umno negeri telah mengambil langkah dengan meminta Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman untuk bersemuka dengan Lim.Di Perak, pemimpin Barisan Nasional (BN) berkata mereka akan memastikan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kecundang jika beliau bertanding di negeri itu.Perhatian utama bagaimanapun diberikan terhadap pertarungan DAP di Gelang Patah, yang merupakan kunci strategi kempen Pakatan Rakyat di Johor.

Ahli Parlimen BN di Johor percaya bahawa Ghani adalah calon yang ideal dan paling mempunyai kredibiliti untuk berdepan dengan DAP dalam apa yang dianggap sebagai "kerusi paling panas di Johor".Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Puad Zarkashi berkata Ghani akan memainkan peranan utama dan diperlukan dalam 'pertahanan' BN di Gelang Patah serta Johor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).Beliau berkata pertandingan itu membolehkan Ghani mempertahankan legasi beliau di Johor.Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berkata Gelang Patah merupakan tapak Iskandar Malaysia, projek pembangunan yang paling berprestij di negara ini yang telah dilancarkan di bawah pentadbiran Ghani. Bandar Nusajaya juga berada di Gelang Patah.

"Kami berharap beliau akan mempertimbangkan (bertanding di Gelang Patah) kerana beliau mempelopori semua projek-projek ini. Beliau adalah orang yang paling sesuai untuk mempertahankan apa yang kita ada di Johor," kata Puad.Ghani, 66, telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar sejak 1995.Difahamkan beliau telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa beliau tidak keberatan menawarkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah.Kerusi Gelang Patah disandang oleh MCA tetapi sumber dalaman parti berkata cadangan itu boleh dibincangkan walaupun ketua bahagian MCA Datuk Jason Teoh telah dinamakan sebagai calon.Anggota parti bersetuju bahawa Menteri Besar popular di kalangan orang Cina dan mempunyai peluang yang baik untuk memenangi kerusi itu, yang mempunyai 53 peratus pengundi Cina, 34 peratus Melayu dan 13 peratus India.

Ahli Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Samad berkata gaya politik Ghani mencerminkan "bagaimana Johor" melakukan sesuatu."Politik perkauman dan perpecahan DAP tidak baik untuk Johor. Pengundi diberi pilihan untuk memilih "cara Johor" atau cara perkauman DAP."Adalah penting bagi Johor untuk mengekalkan dan melindungi apa yang telah menjadi 'mercu tanda' Johor dalam perhubungan kaum. Kita mampu tidak mempolitikkan isu-isu seperti pendidikan Cina."Perayaan Chingay sudah masuk tahun ke-150 dan tidak lama lagi Foon Yew High School akan menyambut ulang tahun ke-100. Kami bangga dengan tradisi ini," kata Shahrir.Idea ini juga mendapat sokongan daripada ADUN Nusajaya, Datuk Aziz Sapian yang mengatakan bahawa Ghani sentiasa mempunyai hubungan mesra dengan masyarakat Cina di Johor.

Beliau berkata Ghani juga mempunyai hubungan kerja yang baik dengan persatuan da kumpulan masyarakat Cina Johor yang mengagumi kepimpinan beliau.Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Latif Ahmad berkata tidak ada keperluan untuk berbuat demikian seolah-olah Lim kelihatan begitu penting.Sementara itu, laporan bahawa Anwar mungkin akan bertanding di Perak mendapat reaksi pantas dari BN, dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa BN akan "mengebumikan" pemimpin PKR di negeri itu.

Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata hasrat Anwar untuk bertanding di Perak tidak akan menakutkan sesiapa sahaja dalam UMNO.Rancangan Anwar untuk tidak bertanding di Permatang Pauh dan memilih kerusi di Perak telah mencetuskan spekulasi bahawa beliau tidak yakin dengan kedudukan di kawasan lamanya, yang mempunyai lebih 71 peratus pengundi Melayu dan beliau sedang mencari kerusi di Perak dengan meraih sokongan pengundi Cina.

Ahmad Zahid berkata, Anwar tidak akan berani untuk bertanding dalam mana-mana kerusi Umno di Perak kerana "kita akan pastikan dia akan dikalahkan".

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana