PRU-13: Formula pemberian air percuma oleh BN lebih baik


SHAH ALAM 18 April - Pemberian 20 meter padu air percuma yang dinyatakan dalam Aku Janji Barisan Nasional (BN) Selangor merupakan satu tamparan hebat kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri.

Calon Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal berkata, hal ini kerana pemberian air percuma itu disertakan dengan kos pembiayaan menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma.

Menurut beliau, sejak 2008, ramai yang tidak dapat menikmati pemberian air percuma yang dijanjikan kerajaan PKR negeri kerana masalah penukaran meter yang tidak selesai sehingga rakyat terpaksa menuntut janji itu di mahkamah.

"Malah usaha kerajaan PKR negeri untuk meneruskan pemberian tersebut juga dilihat mustahil apabila Selangor bakal menghadapi masalah bekalan air yang serius kerana tidak membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

"Pemberian air percuma yang dijanjikan BN dalam aku janjinya lebih menjamin kerana disertakan dengan pembiayaan penukaran meter percuma dan BN juga dilihat mampu mengotakan apa yang dikata berdasarkan prestasi pentadbirannya yang cemerlang.

"Malah, secara keseluruhannya aku janji BN untuk rakyat Selangor memang dekat di hati rakyat," kata beliau selepas pelancaran Aku Janji BN Selangor yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam tadi.

Calon Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon pula memberitahu, secara keseluruhannya aku janji yang dibentangkan memang memberikan manfaat kepada semua rakyat termasuk golongan wanita.

Kata beliau, beberapa perkara yang terkandung di dalam aku janji dilihat dikhususkan untuk kesejahteraan golongan wanita, contohnya penubuhan pusat kesihatan dan kesuburan wanita, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi berlakunya jenayah dan sara hidup untuk ibu tunggal.

"Hanya BN yang mampu mengotakan janji-janji yang dibuat dan saya yakin rakyat Selangor akan kembali kepada BN,'' katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana