PRU-13: Dr. M sokong Ibrahim Ali bertanding atas tiket BN


SHAH ALAM 6 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya membantu kempen Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas sekiranya beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau berharap, BN akan membuka laluan kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan juga Ahli Parlimen Pasir Mas yang telah banyak berjasa kepada BN melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

"Dia tubuh Perkasa bukan untuk bertanding tapi sokong BN, Perkasa juga berjaya mengumpul 400,000 keahlian sehingga kini yang mungkin lebih banyak daripada Pas.

"Pada saya, dia tidak buat sesuatu untuk kepentingan diri... kalau ada banyak orang macam Ibrahim, pasti Malaysia akan selamat. Saya harap BN akan bagi tempat pada Ibrahim," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa di sini hari ini.

Untuk rekod pada pilihan raya umum lalu, Ibrahim yang bertanding atas tiket Pas menang kerusi Parlimen Pasir Mas menewaskan calon BN, Ahmad Rosdi Mahamad dengan majoriti 8,991.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana