PRU-13: Ceramah tiada sambutan bukti calon PKR Balik Pulau ditolak ahli Melayu...Tamparan Hebat Buat PKR


BALIK PULAU 12 April - Calon Parti Keadilan Rakyat Parlimen Balik Pulau, Mohd. Bakhtiar Wan Chik ditunjukkan bukti bahawa dia tidak begitu diterima di kawasan ini apabila terlalu sedikit pengunjung Melayu yang menghadiri program ceramahnya.

Ceramah yang diadakan di Pasar Awam Balik Pulau di sini dihadiri kira-kira 300 orang yang majoritinya terdiri daripada penyokong DAP.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, kurang 20 orang penyokong Melayu hadir walaupun PKR sebelum ini melaung-laungkan keyakinan mempertahankan kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Mohd. Bakhtiar yang muncul pada pukul 9.15 malam hanya berceramah selama kira-kira 10 minit kerana mendakwa isi ucapannya telah disampaikan aktivis DAP, Hew Kuan Yau yang muncul sebelum beliau.Situasi berkenaan tidak mengejutkan kerana semalam penyokong penyandang kerusi berkenaan yang digugurkan, Yusmadi Yusoff berdemonstrasi untuk membantah pencalonan Mohd. Bakthiar dengan alasan beliau bukan calon tempatan.

Dalam ceramahnya, Mohd. Bakhtiar juga menunjukkan sikap politik kebencian terhadap apa-apa yang boleh dikaitkan dengan kejayaan kerajaan Barisan Nasional apabila merendah-rendahkan kemampuan kereta nasional."Esok selepas kita menang, anda semua tukar kereta Camry berbanding (Proton) Wira yang digunakan sekarang," katanya.

Terdahulu, ketika berceramah di Teluk Bahang, Mohd. Bakhtiar membuktikan beliau lebih menghargai kereta import apabila dilihat meninggalkan kampung berkenaan menaiki kereta mewah, Porsche Cayenne S berwarna hitam bersama pemandu peribadi.

Ketika ditanya berhubung penolakan penyokong Yusmadi terhadap dirinya, dia memperlekehkan bantahan itu dengan berkata, mereka hanya kumpulan kecil dan tidak menganggunya untuk meneruskan tugas PKR di kawasan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana