PRU-13: Ceramah Salahuddin, Kit Siang hambar, hanya 200 hadir


JOHOR BAHRU 20 April - Kehadiran Naib Presiden Pas, Salauddin Ayub dan Penasihat DAP dalam ceramah politik di Taman Pulai Utama, Nusajaya dekat sini malam tadi gagal menarik minat orang ramai apabila tidak lebih 200 orang sahaja menghadirinya.

Ceramah oleh Salahuddin yang juga calon Pas bagi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya itu bukan sahaja dibumbui dengan janji-janji yang belum pasti bahkan penuh dengan puji-pujian kepada diri sendiri.

Beliau berkata, dia dan Kit Siang tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian dan Tambun kononnya mahu memperjuangkan nasib rakyat negeri ini yang didakwa tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kalau saya dan Kit Siang bertanding di tempat lama kami, kita pasti boleh menang tetapi kita pilih untuk ke Johor yang belum tentu menang kerana mahu berjuang untuk rakyat," katanya.

Sementara itu, Kit Siang yang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah terus cuba mengambil hati pengundi Melayu apabila menuduh UMNO sebagai sebuah parti Melayu yang tidak membela nasib kaumnya.

"UMNO tidak membela orang Melayu, sebaliknya hanya membela segelintir orang sahaja termasuk 'UMNO-putera' dan bukannya bumiputera. Perkara sama juga berlaku di kalangan ahli MCA dan MIC," katanya.

Sebaliknya, beliau mendakwa hanya pakatan pembangkang sahaja yang dapat membela nasib semua kaum di negara ini. - UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana